wearefuncom

Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Funcom Live Games

Kemas Kini Terakhir: 19 Mei 2025

ISI KANDUNGAN

 

  1. Beberapa notis penting—timbang tara, bayaran balik dan kerosakan
  2. Apakah dokumen ini? Bilakah saya boleh bermain?
  3. Takrifan Istilah
  4. Terma Tambahan
  5. Kelayakan dan Pendaftaran
  6. Lesen dan Penggunaan Perkhidmatan
  7. Kelakuan Pemain
  8. Pemilikan Perkhidmatan
  9. Barangan Maya dan Mata Wang Permainan
  10. Bayaran balik
  11. Ujian Beta
  12. App Store; Permainan Konsol
  13. Maklum Balas
  14. Dasar DMCA/Hak Cipta
  15. Laman Web dan Sumber Pihak Ketiga
  16. Caj Data dan Peranti Mudah Alih
  17. Pengubahsuaian Perkhidmatan dan EULA
  18. Penafian Waranti
  19. Had Liabiliti
  20. Ganti Rugi
  21. Penamatan
  22. Penyelesaian Pertikaian dan Undang-undang yang Mentadbir
  23. Tiada Penugasan
  24. Pelbagai
  25. Maklumat Perhubungan

 

 

1. Beberapa notis penting—timbang tara, bayaran balik dan kerosakan

SILA SEMAK BAHAGIAN 22 “PENYELESAIAN PERTIKAIAN” DI BAWAH DENGAN TELITI UNTUK BUTIRAN BERKENAAN DENGAN TIMBANG TARA. NOTIS PENTING MENGENAI TIMBANG TARA BAGI PEMAIN-PEMAIN DI AMERIKA SYARIKAT: APABILA ANDA BERSETUJU DENGAN EULA INI, ANDA BERSETUJU (DENGAN PENGECUALIAN TERHAD) UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTIKAIAN ANTARA ANDA DAN KAMI MELALUI TIMBANG TARA MENGIKAT DAN INDIVIDU, BUKAN DI MAHKAMAH. EULA INI JUGA TERMASUK HAD ATAS KEROSAKAN YANG ANDA BOLEH TUNTUT DARIPADA KAMI YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA. DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU DENGAN PERUNTUKAN INI.

JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA EULA INI, ANDA TIDAK BOLEH MEMASANG, MENYALIN ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI. KAMI BIASANYA TIDAK MENAWARKAN BAYARAN BALIK, KECUALI DIBENARKAN SECARA JELAS OLEH KAMI (LIHAT BAHAGIAN 10 UNTUK PENGECUALIAN), ATAU APABILA BAYARAN BALIK DIKEHENDAKI DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN.

2. EULA KAMI JUGA MUNGKIN MENGANDUNGI ADENDUM KHUSUS MENGIKUT NEGARA YANG TERPAKAI KEPADA ANDA BERDASARKAN BIDANG KUASA TEMPAT DI MANA ANDA TINGGAL. Untuk melihat terma-terma tambahan yang terpakai kepada anda (yang merupakan sebahagian daripada perjanjian ini dan mungkin menggantikan terma-terma ini), sila semak adendum khusus mengikut negara di bawah atau bahasa khusus mengikut negara di laman web EULA.Apakah dokumen ini? Bilakah saya boleh bermain?

Ini ialah perjanjian antara anda dan kami untuk perkhidmatan kami yang anda muat turun atau akses, sama ada ia adalah satu permainan, sesuatu yang menyokong permainan tersebut, atau sesuatu yang lain. Anda hanya boleh menggunakan perkara-perkara ini setelah anda bersetuju dengan terma-terma ini.

Anda kini sedang membaca Perjanjian Lesen Pengguna Akhir (“EULA”) kami yang merupakan perjanjian undang-undang antara anda dan Funcom Oslo AS (“kami”, “kita”, mengikut kesesuaian) berkenaan dengan Perkhidmatan yang anda gunakan daripada kami. "Perkhidmatan” bermaksud secara kolektif, dan kadang kala secara individu, mengenai perkara-perkara berikut: (a) setiap daripada Permainan kami, dan (b) mana-mana laman web, perisian atau perkhidmatan lain yang kami sediakan dengan atau menyokong Permainan, sama ada ia dipasang atau digunakan pada komputer, konsol atau peranti mudah alih. “Permainan” bermaksud permainan kami yang anda muat turun dan akses yang tertakluk kepada EULA ini, tidak kira di mana anda memuat turun dan/atau mengaksesnya, dan sebarang dokumentasi, perisian, kemas kini, Barangan Maya dan Kandungan (setiap istilah ditakrifkan di bawah) yang disertakan di dalamnya.

Kami berusaha untuk berterus terang dalam EULA ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan nota kepada kami di https://www.funcom.com/help ("Halaman Sokongan” kami).  Anda akan menyedari bahawa kami telah menambah beberapa teks dalam huruf condong di seluruh EULA untuk menjadikannya lebih mudah dibaca; walau bagaimanapun, teks ini disediakan untuk panduan sahaja, dan tidak membentuk sebahagian daripada EULA.

3. Takrifan Istilah

Anda akan melihat beberapa istilah berhuruf besar di dalam EULA ini. Ia dipanggil "takrifan istilah", dan kami menggunakannya supaya kami tidak perlu mengulang bahasa yang sama berulang kali, dan untuk memastikan penggunaan istilah ini adalah konsisten di seluruh EULA.  Kami telah menyertakan takrifan istilah secara keseluruhan kerana kami mahu anda membacanya dalam konteks dengan mudah.

4. Terma Tambahan

Sesetengah Perkhidmatan mungkin tersedia (atau hanya tersedia) dengan mengakses (atau memuat turun daripada) platform atau kedai pihak ketiga, termasuk tapi tidak terhad kepada, Facebook, Epic Games Store, platform permainan Steam, Google Play Store dan Apple App Store (setiap satu, "App Store”). Penggunaan Perkhidmatan oleh anda juga dikawal oleh mana-mana perjanjian terpakai yang anda miliki dengan mana-mana App Store ("Perjanjian App Store”). Sekiranya berlaku konflik antara mana-mana Perjanjian App Store lain dari mana anda memperoleh salah satu Permainan kami dan EULA ini berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, EULA ini akan diberikan keutamaan.

Pengumpulan maklumat daripada anda dan berkaitan dengan Perkhidmatan (sama ada diperoleh melalui App Store atau tidak) dikawal oleh Dasar Privasi kami help.funcom.com  . Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda dan mengenai anda.

5. Kelayakan dan Pendaftaran

Perkhidmatan yang kami tawarkan mempunyai sekatan umur tertentu. Individu lain mungkin memerlukan akaun luar. Apabila anda memberikan maklumat kepada kami, anda perlu memastikan ia sentiasa terkini. Selain itu, jangan kongsi akaun anda dengan individu lain tanpa kebenaran daripada kami.

(a)              Umur. Untuk mencipta Akaun Permainan (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan mengakses beberapa Perkhidmatan kami, umur anda mestilah sekurang-kurangnya umur minimum untuk bersetuju dengan pengumpulan data peribadi di bawah undang-undang dalam bidang kuasa di tempat anda. Jika anda berada di antara umur minimum untuk pengumpulan data peribadi dan umur majoriti dalam bidang kuasa di tempat anda, ibu bapa atau penjaga anda mesti menyemak EULA ini dan menerimanya bagi pihak anda. Ibu bapa dan penjaga adalah bertanggungjawab terhadap perbuatan anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun apabila menggunakan Perkhidmatan kami.

Kami mungkin membenarkan kanak-kanak di bawah umur minimum untuk pengumpulan data peribadi mendaftar untuk Perkhidmatan tertentu dengan kebenaran yang disahkan daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Ibu bapa/penjaga yang sah mungkin diminta untuk memberikan dokumentasi tambahan atau melakukan tindakan tambahan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan dan kelulusan selaras dengan undang-undang yang terpakai. Kami mengesyorkan agar ibu bapa dan penjaga membiasakan diri dengan kawalan ibu bapa pada peranti yang mereka sediakan untuk anak mereka.

(b)             Penciptaan Akaun. Untuk mengakses bahagian Permainan, anda mungkin perlu mencipta akaun dalam permainan ("Akaun Permainan” anda). Akaun Permainan anda, jika berkenaan, adalah berasingan daripada mana-mana akaun yang mungkin anda miliki dengan mana-mana App Store ("Akaun App Store” anda). Anda mungkin boleh mencipta Akaun Permainan anda menggunakan akaun sedia ada yang anda miliki dengan kami atau alamat e-mel anda. Setakat anda mencipta Akaun Permainan anda melalui penggunaan akaun pihak ketiga (contohnya, akaun anda dengan Steam), kami mungkin mengakses maklumat peribadi tertentu yang disediakan oleh pihak ketiga ini kepada kami seperti alamat e-mel dan nama anda untuk membantu mencipta Akaun Permainan anda. Maklumat lanjut mengenai penggunaan akaun pihak ketiga disediakan dalam Dasar Privasi di.https://www.funcom.com/privacy-policy-dune-awakening/ Sila ambil perhatian bahawa anda juga mungkin boleh bermain Permainan tanpa mencipta Akaun Permainan, tetapi anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu Permainan, dan data Permainan anda mungkin dipadamkan jika anda menyahpasang ataupun memadam Permainan.

(c)              Pastikan Maklumat Anda Terkini. Adalah penting untuk anda memberikan kepada kami maklumat yang tepat, lengkap dan terkini untuk Akaun Permainan anda, dan anda bersetuju untuk mengemas kini maklumat sedemikian untuk memastikannya sebegitu. Jika anda tidak berbuat sebegitu, kami mungkin menggantung atau menamatkan Akaun Permainan anda. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan Akaun Permainan anda kepada sesiapa, dan akan memaklumkan kepada kami serta-merta tentang sebarang penggunaan tanpa kebenaran Akaun Permainan anda. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah Akaun Permainan anda, sama ada anda tahu atau tidak tentangnya.  Jika anda percaya bahawa Akaun Permainan anda tidak lagi selamat, maka anda mesti segera memaklumkan kepada kami di Halaman Sokongan kami.

(d)             Tiada Perkongsian Akaun. Anda tidak boleh menjual, menjual semula, menyewa, memajak, berkongsi atau memberikan akses ke Akaun Permainan anda kepada individu lain. Kami menyimpan semua hak undang-undang dan remedi yang ada untuk menghalang penggunaan Perkhidmatan kami yang tidak dibenarkan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, halangan teknologi, pemetaan IP, dan dalam kes-kes yang serius, menghubungi terus Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda mengenai penggunaan tanpa kebenaran tersebut.

(e)              Tiada Akaun Palsu. Anda tidak boleh mencipta Akaun Permainan untuk individu lain atau mencipta Akaun Permainan menggunakan nama selain daripada nama anda sendiri.

6. Lesen dan Penggunaan Perkhidmatan

Selagi anda bersetuju dengan EULA ini (dan selagi EULA ini tidak ditamatkan—lihat Bahagian 21), kami memberikan kebenaran kepada anda untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan kami. Jika anda melanggar peraturan atau tidak bersetuju, kami tidak boleh membenarkan anda bermain. Sila pastikan sistem dan peranti anda memenuhi keperluan-keperluan minimum untuk Permainan. Selain itu, jika anda mengalami keadaan epilepsi, sila berbincang dengan doktor sebelum bermain Permainan.

(a)              Pemberian Lesen. Selagi anda mematuhi EULA ini dan, jika berkenaan, Perjanjian App Store, kami memberikan anda lesen berikut: hak dan lesen terhad peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan untuk (i) memuat turun dan memasang Permainan pada peranti yang dibenarkan oleh Perjanjian App Store (jika berkenaan), dan (ii) mengakses dan menggunakan Perkhidmatan, termasuk mana-mana Kandungan, untuk tujuan hiburan peribadi anda dengan hanya memanfaatkan kefungsian Permainan dan Perkhidmatan. Kami dan pemberi lesen kami memegang segala hak yang tidak diberikan kepada anda dalam EULA ini. “Kandungan” bermaksud semua karya seni, tajuk, tema, objek, watak, nama, dialog, frasa rangkap, cerita, animasi, konsep, bunyi, kesan audio-visual, kaedah pengendalian, gubahan muzik, Barangan Maya (ditakrifkan dalam Bahagian 9) dan sebarang kandungan lain dalam Perkhidmatan. Kandungan juga termasuk apa-apa yang dijana, dicipta atau yang dibangunkan dalam Perkhidmatan oleh mana-mana pengguna (termasuk anda) hasil daripada interaksi dengan kefungsian Perkhidmatan.  Kami juga memberikan anda lesen terhad untuk membuat video permainan untuk Permainan tertentu yang dinyatakan pada Perkhidmatan, dengan syarat anda bersetuju bahawa semua aktiviti video permainan tersebut tertakluk pada persetujuan anda dan menurut Dasar Penstriman kami dalam Jadual C-1.  Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, mengalih keluar, mengedit atau menyahdayakan mana-mana Kandungan atas sebarang sebab.

Kandungan yang Anda Cipta di Luar Perkhidmatan. “Kandungan Pengguna” bermaksud sebarang Kandungan yang anda (atau pemegang Akaun Permainan lain) cipta atau peroleh di luar Perkhidmatan yang anda atau pengguna lain sediakan dalam Perkhidmatan. Secara jelasnya, jika Kandungan dicipta di dalam Perkhidmatan, ia bukan Kandungan Pengguna; hanya Kandungan yang dicipta atau diperoleh dari luar Perkhidmatan yang kemudiannya disediakan oleh pengguna dalam Perkhidmatan ialah Kandungan Pengguna. Dengan menyediakan mana-mana Kandungan Pengguna melalui Perkhidmatan, anda dengan ini memberikan kami lesen berikut: lesen tidak eksklusif, boleh dipindah milik, seluruh dunia, bebas royalti, dengan hak untuk mensublesenkan, menggunakan, menyalin, mengubah suai, mencipta karya terbitan berdasarkan Perkhidmatan, mengedarkan, memaparkan secara umum dan melaksanakan Kandungan Pengguna anda secara terbuka yang berkaitan dengan pengendalian dan penyediaan Perkhidmatan dan Kandungan kepada anda dan kepada pengguna Perkhidmatan yang lain. Kecuali setakat yang dilarang oleh undang-undang, anda mengetepikan manfaat mana-mana “hak moral” atau “moral droit” atau hak-hak yang serupa di mana-mana negara kepada mana-mana Kandungan Pengguna.  Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, mengali keluar, mengedit atau menyahdayakan mana-mana Kandungan Pengguna pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab, termasuk jika kami menentukan bahawa Kandungan Pengguna melanggar EULA ini. Kami tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap Kandungan Pengguna, kerana mengalih keluarkan kandungan tersebut, atau tidak mengalih keluar kandungan tersebut atau Kandungan yang lain. Kami tidak menyaring atau menyemak sebarang Kandungan Pengguna, dan tidak meluluskan atau menyokong mana-mana Kandungan Pengguna yang mungkin tersedia pada Perkhidmatan atau perkhidmatan kami yang lain.

(c)              Had Perkhidmatan Berdasarkan Tempat Di Mana Anda Menetap. Kami mungkin menyekat, mengubah suai atau mengehadkan akses dan penggunaan anda pada Kandungan tertentu, Barangan Maya, keseluruhan Permainan atau mana-mana atau semua Perkhidmatan, bergantung pada wilayah di mana anda menetap. Tanpa mengehadkan perkara di atas, Kandungan, Barangan Maya, keseluruhan Permainan atau Perkhidmatan mungkin tidak tersedia (secara keseluruhan atau sebahagian) di tempat anda menetap atau mungkin hanya tersedia dalam versi yang diubah suai, jika ia tidak mematuhi undang-undang di negara anda.

(d)             Pembelian Runcit. Kami mungkin menawarkan kod atau kunci produk yang boleh diaktifkan dalam Permainan atau digunakan untuk mengaktifkan Permainan di App Store. Tertakluk kepada peraturan kawalan pertukaran asing yang terpakai dalam bidang kuasa di tempat anda, kod atau kunci tersebut mesti dibeli (atau sebaliknya diperoleh secara sah) melalui kami atau salah satu daripada peruncit kami yang diberi kuasa untuk menjadikannya sah. Jika anda membeli kod atau kunci sedemikian daripada pihak ketiga, pihak ketiga tersebut bertanggungjawab untuk menangani sebarang isu yang anda hadapi dengan kod atau kunci tersebut. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami tidak akan bertanggungjawab untuk kod atau kunci ini yang dibeli daripada mana-mana pihak ketiga atau jika sebarang pembelian berlaku dengan pelanggaran mana-mana peraturan kawalan pertukaran asing yang berkenaan.

(e)              Keperluan Minimum. Permainan mungkin mempunyai keperluan minimum untuk peranti dan sistem yang anda ingin gunakan untuk bermain Permainan. Kami mungkin menerbitkan keperluan-keperluan minimum ini di laman web yang berkenaan dan/atau sebaliknya memaklumkan kepada anda secara bertulis. Untuk pengalaman yang optimum, sila pastikan peranti dan sistem anda memenuhi keperluan-keperluan ini sebelum bermain Permainan.

(f)               Amaran Sawan. Permainan ini mungkin mengandungi lampu, imej berkelip dan rangsangan bercahaya lain yang boleh menyebabkan sawan epilepsi pada individu tertentu. Jika anda atau sesiapa dalam isi rumah anda menghidap keadaan epilepsi, sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum bermain mana-mana Permainan. Jika anda mengalami pening, penglihatan berubah, renggutan mata atau otot, hilang kesedaran, kekeliruan, sebarang pergerakan tidak disengajakan, atau sawan semasa bermain, sila hentikan permainan dengan segera dan dapatkan nasihat doktor anda.

7. Kelakuan Pemain

Kami berusaha untuk membuat semua pemain dan pengguna kami berasa selamat dan dialu-alukan semasa menggunakan Perkhidmatan kami dan bermain permainan kami dan kami mahu semua individu bermain mengikut peraturan yang sama. Jadi, jika anda menggunakan Perkhidmatan kami seperti yang dimaksudkan, tanpa menipu, menyalahgunakan, mengganggu atau tidak menghormati, atau tidak adil, anda mungkin berada dalam keadaan yang selamat, tapi sila baca semua syarat EULA ini dengan teliti untuk mendapat kepastian.

Anda bersetuju untuk tidak melakukan mana-mana perkara berikut yang berkenaan dengan Perkhidmatan, seperti yang ditentukan oleh kami, mengikut mana yang berkenaan:

(a)              menggunakannya secara komersial, untuk tujuan promosi, atau untuk manfaat mana-mana pihak ketiga atau dalam apa-apa cara yang tidak dibenarkan oleh EULA ini;

(b)             menggunakan, atau menyediakan sebarang program pihak ketiga yang tidak dibenarkan yang bersifat memintas, meniru, atau mengubah hala sebarang komunikasi antara Perkhidmatan dan kami atau program yang mengumpul maklumat tentang Permainan;

(c)              menggunakan, atau menyediakan tawaran sampingan kepada sesiapa sahaja, yang tidak ditawarkan dalam Perkhidmatan oleh kami (atau kefungsian App Store), seperti pengehosan, perkhidmatan "pendataran", mencerminkan pelayan kami, mencari jodoh, emulasi, ubah hala komunikasi, mod, menggodam, menipu, bot (atau mana-mana kawalan automatik yang lain), pelatih dan program automasi yang berinteraksi dengan Perkhidmatan dalam apa jua cara, penerowongan, add-on program pihak ketiga dan sebarang gangguan dengan permainan dalam talian atau rangkaian;

(d)             mengakses atau menggunakannya pada lebih daripada satu peranti pada satu-satu masa;

(e)              menyalin, menghasilkan semula, mengedar, memaparkan, mencerminkan, membingkaikan atau menggunakannya (atau mana-mana bahan lain, harta intelek atau maklumat proprietari kami) dengan cara yang tidak dibenarkan secara nyata dalam EULA ini;

(f)               menjual, menyewa, memajak, melesenkan, mengedar, atau sebaliknya memindahkan Perkhidmatan, Permainan atau mana-mana Kandungan, termasuk, tanpa had, Barangan Maya atau Mata Wang Permainan, termasuk menyertai atau mengendalikan apa yang dipanggil "pasaran sekunder" untuk Barangan Maya, Mata Wang Permainan atau Kandungan;

(g)              cuba untuk membuat kejuruteraan terbalik (kecuali dibenarkan sebaliknya oleh undang-undang tempatan yang terpakai), memperoleh kod sumber daripada, mengubah suai, menyesuaikan, menterjemah, perlombongan data, menyahhimpun, atau menyahpasang atau membuat karya terbitan berdasarkan Perkhidmatan atau mana-mana Kandungan;

(h)             mengalih keluar, menyahdayakan, memintas atau mengubah suai sebarang langkah teknologi yang kami laksanakan untuk melindunginya atau mana-mana harta intelek yang berkaitan dengannya;

(i)               mencipta, membangunkan, mengedar atau menggunakan mana-mana program perisian yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan kelebihan dalam mana-mana mod permainan dalam talian atau mod lain atau sebaliknya Menipu (seperti yang ditakrifkan di bawah);

(j)               mencuba untuk menyiasat, mengimbas atau menguji kelemahannya atau melanggar sebarang langkah keselamatan atau pengesahan;

(k)              mengakses, mengusik, atau menggunakan kawasan bukan awam pada Perkhidmatan;

(l)               menceroboh, atau cuba mendapatkan akses kepada harta atau lokasi di mana anda tidak mempunyai kebenaran untuk berada atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan harta benda, gangguan atau liabiliti lain;

(m)            memuat naik, menerbitkan, menyerahkan atau menghantar sebarang Kandungan Pengguna, mencipta nama pengguna atau nama akaun, atau sebaliknya terlibat dalam apa-apa tingkah laku yang: (i) melanggar, menyalahgunakan atau mencabuli paten, hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak kontrak, hak moral pihak ketiga atau hak harta intelek lain, atau hak publisiti atau privasi, atau hak pihak ketiga yang lain; (ii) melanggar, atau menggalakkan apa-apa kelakuan yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan atau akan menimbulkan liabiliti sivil; (iii) bersifat penipuan, palsu, mengelirukan atau menipu; (iv) sangat berbahaya, bersifat perkauman atau etnik yang tidak menyenangkan, meremehkan, menghina, memfitnah, lucah, pornografi, pedofilia, kesat atau menyinggung perasaan; (v) menggalakkan diskriminasi, ketaksuban, perkauman, kebencian, gangguan atau kemudaratan terhadap mana-mana individu atau kumpulan; (vi) adalah ganas, membuli, atau mengancam atau menggalakkan keganasan, pengubahan wang haram atau perjudian, keganasan, atau tindakan yang mengancam atau tidak menghormati mana-mana orang atau entiti; (vii) membahayakan kanak-kanak di bawah umur dengan apa cara sekalipun; atau (viii) menggalakkan aktiviti atau bahan yang menyalahi undang-undang atau berbahaya;

(n)             terlibat dalam sebarang tingkah laku yang: (i) melanggar, atau menggalakkan sebarang kelakuan yang akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai atau akan menimbulkan liabiliti sivil; (ii) bersifat penipuan, palsu, mengelirukan atau memperdaya, termasuk "trolling;" (iii) bersifat fitnah, lucah, atau menyinggung perasaan; (iv) menggalakkan diskriminasi, ketaksuban, perkauman, kebencian, gangguan atau bahaya terhadap mana-mana individu atau kumpulan; (v) mengganggu Permainan, Aplikasi, pengguna atau komuniti penggunanya, bersifat ganas, membuli, atau mengancam atau menggalakkan keganasan atau tindakan yang mengancam atau tidak menghormati mana-mana individu atau entiti; atau (vi) menggalakkan aktiviti atau bahan yang menyalahi undang-undang atau berbahaya;

(o)             mengganggu atau cuba untuk mengganggu, akses mana-mana pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa had, menghantar virus, terlebih muatan, membanjiri, menghantar spam, atau pengeboman mel terhadap Perkhidmatan atau mana-mana penggunanya;

(p)             mengumpul atau menyimpan sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu, sama ada maklumat itu sendiri atau digabungkan dengan maklumat lain, daripada Perkhidmatan bagi pengguna-pengguna lain Perkhidmatan tanpa kebenaran nyata daripada mereka;

(q)             berkelakuan dengan cara yang memudaratkan keseronokan Perkhidmatan oleh pengguna lain seperti yang kami maksudkan, mengikut pertimbangan kami, termasuk, tanpa had, gangguan, penggunaan bahasa kesat atau menyinggung perasaan, pengabaian permainan, sabotaj permainan, membuat spam, berkelakuan dalam cara yang mengganggu, kejuruteraan sosial, atau penipuan, atau bertentangan dengan moral awam atau dasar awam;

(r)              menyamar atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan mana-mana individu atau entiti, atau memperdaya atau mengelirukan penerima tentang asal usul mesej tersebut atau menyampaikan sebarang maklumat yang sangat menyinggung perasaan atau mengancam;

(s)              menggunakan proksi IP atau kaedah lain untuk menyembunyikan tempat kediaman anda, sama ada untuk memintas sekatan geografi pada Perkhidmatan atau untuk sebarang tujuan lain;

(t)               bermain menggunakan Akaun Permainan individu yang lain untuk "meningkatkan" status, tahap atau kedudukan Akaun Permainan tersebut;

(u)             menggunakan Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang akan memberi kesan buruk kepada kami atau mencerminkan kami atau Perkhidmatan secara negatif atau tidak menggalakkan mana-mana individu daripada menggunakan semua atau mana-mana bahagian ciri Perkhidmatan;

(v)              menggalakkan, mempromosi, mengambil bahagian dalam atau membolehkan individu lain untuk melakukan mana-mana perkara di atas; atau

(w)            melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai.

Jika anda menemui pengguna lain yang melanggar mana-mana peraturan ini, sila laporkan aktiviti ini kepada kami menggunakan fungsi "Laporkan Penyalahgunaan" dalam Permainan yang berkaitan atau sebahagian daripada Perkhidmatan, jika ada, atau hubungi kami di Halaman Sokongan kami.

8. Pemilikan Perkhidmatan

Perkhidmatan kami termasuk Kandungan dan Permainan kami adalah dimiliki oleh kami atau pemberi lesen kami. Perkhidmatan kami mungkin membenarkan anda untuk memuat naik, menyiarkan dan menyimpan foto dan kandungan lain yang anda miliki. Anda mengekalkan pemilikan anda terhadap kandungan ini, yang mana kami mengambil lesen kepadanya.

Kami dan ahli gabungan kami serta pemberi lesen kami memiliki semua hak milik, pemilikan dan hak harta intelek dalam Perkhidmatan. Anda bersetuju untuk tidak mengalih keluar, mengubah atau mengaburkan sebarang hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, atau notis hak proprietari lain yang digabungkan dalam atau mengiringi Perkhidmatan.  Anda memahami dan bersetuju bahawa anda tidak mempunyai kepentingan pemilikan dalam Perkhidmatan atau mana-mana Permainan atau Kandungan di dalamnya.

Perkhidmatan (dan khususnya Permainan kami) mungkin mempunyai mekanisme terbina dalam yang direka untuk mengelakkan pemberian kelebihan yang tidak adil kepada seorang pengguna terhadap pengguna yang lain (tindakan ini adalah “Menipu" dan perisian tersebut ialah "Perisian Pengesanan Penipuan”). Kami boleh menambah atau mengemas kini Perisian Pengesanan Penipuan kami secara berkala seperti yang kami kehendaki mengikut budi bicara kami sendiri. Perkhidmatan dan/atau Perisian Pengesanan Penipuan boleh mengumpul dan menghantar butiran tentang Akaun Permainan anda, permainan dan program atau proses yang tidak dibenarkan berkaitan dengan Penipuan, tertakluk pada Dasar Privasi kami dan undang-undang yang berkenaan. Dalam keadaan di mana kami mengikut budi bicara mutlak kami, membuat kesimpulan bahawa anda Menipu, anda bersetuju bahawa kami boleh melaksanakan mana-mana atau semua hak kami di bawah EULA ini, termasuk penamatan EULA ini dan akses anda kepada Perkhidmatan kami. Selain itu, jika anda Menipu dalam satu Permainan atau Perkhidmatan, kami boleh menamatkan lesen anda untuk menggunakan semua Permainan dan Perkhidmatan kami.

Walaupun kami tidak bertanggungjawab untuk memantau akses atau penggunaan Perkhidmatan atau untuk menyemak atau mengedit mana-mana Kandungan, kami berhak untuk berbuat demikian bagi tujuan mengendalikan dan menerbitkan Perkhidmatan, untuk memastikan pematuhan dengan EULA ini, untuk melindungi kesihatan atau keselamatan sesiapa sahaja yang kami percaya mungkin terancam, untuk melindungi hak dan remedi undang-undang kami, untuk melaporkan jenayah atau tingkah laku yang menyinggung perasaan, atau untuk mematuhi undang-undang yang terpakai. Kami boleh (tapi tidak perlu) mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada mana-mana Kandungan, pada bila-bila masa dan tanpa notis. Kami boleh (tapi tidak perlu) menyiasat pelanggaran EULA ini atau kelakuan yang menjejaskan Perkhidmatan.

9. Barangan Maya dan Mata Wang Permainan

Dalam sesetengah permainan, kami mungkin menawarkan anda beberapa ciri hebat dalam permainan kami yang mesti dibayar oleh anda. Kami memerlukan kebenaran khas untuk mengenakan caj pada kaedah pembayaran anda. Ciri-ciri ini dimiliki oleh kami.

(a)              Membeli atau Mendapatkan Barangan Maya dan Mata Wang Permainan. Tertakluk kepada peraturan kawalan pertukaran asing yang terpakai dalam bidang kuasa di tempat anda, kami mungkin menawarkan naik taraf dan opsyen tertentu dalam Permainan kami yang boleh anda beli dengan mata wang dunia sebenar, termasuk, tapi tidak terhad kepada, mata wang dalam permainan jika dibenarkan di bawah undang-undang terpakai (“Mata Wang Permainan”), kulit watak, pelekap dan kenderaan, kad digital, peningkatan pengalaman, gear dan penyesuaian lain untuk watak dalam Permainan anda dan item tambahan digital lain yang mungkin meningkatkan pengalaman Permainan anda dalam beberapa cara (“Barangan Maya”). Kecuali sebagaimana yang dimaklumkan kepada anda dalam kefungsian Permainan, Mata Wang Permainan dan Barangan Maya tidak boleh dipindah milik dari satu Permainan ke Permainan yang lain. Anda juga mungkin boleh mendapatkan Barangan Maya dan Mata Wang Permainan tertentu tanpa membuat pembelian, seperti anugerah dalam Permainan. Apabila anda membeli Mata Wang Permainan, Barangan Maya atau Permainan itu sendiri (setiap satu, "Transaksi”), pembelian anda akan dibuat melalui fungsi yang tersedia melalui App Store atau platform lain yang kami sediakan untuk anda. Sebelum membuat Transaksi, anda harus memastikan anda memahami sepenuhnya perjanjian yang meliputi Transaksi anda, sama ada perjanjian itu ialah Perjanjian App Store atau perjanjian platform pembayaran lain. Mungkin terdapat had kepada kuantiti dan bilangan kekerapan anda boleh membeli Barangan Maya, Mata Wang Permainan atau aspek-aspek lain Transaksi anda. Sebagai contoh, mungkin terdapat amaun maksimum Mata Wang Permainan yang anda boleh pegang (dalam Permainan) atau beli pada masa tertentu, atau bilangan maksimum Transaksi yang anda boleh buat setiap hari; sekatan tambahan ini mungkin dimaklumkan kepada anda melalui fungsi Perkhidmatan. Kami boleh, dari semasa ke semasa, mengubah suai, meminda atau menambah yuran, kaedah pengebilan dan terma-terma kami yang terpakai untuk Mata Wang Permainan, Barangan Maya atau sebarang pembelian, dan menyiarkan perubahan tersebut dalam EULA ini, dalam terma dan syarat yang berasingan atau dalam terma atau perjanjian lain yang disiarkan di laman web yang berkenaan atau sebagai sebahagian daripada Permainan atau sebaliknya diberikan kepada anda oleh kami. Kecuali jika dilarang oleh undang-undang dalam bidang kuasa di tempat anda, pengubahsuaian, pindaan, tambahan atau terma-terma sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta selepas disiarkan dan akan dimasukkan melalui rujukan ke dalam EULA ini. Jika mana-mana perubahan tidak dapat diterima oleh anda, anda boleh menamatkan penggunaan Akaun Permainan anda pada bila-bila masa.

(b)             Lesen Anda kepada Barangan Maya dan Mata Wang Permainan. Barangan Maya dan Mata Wang Permainan ialah item digital, dan penggunaannya oleh anda dikawal oleh EULA ini dan Perjanjian App Store.  BARANGAN MAYA DAN MATA WANG PERMAINAN TIDAK MEMPUNYAI NILAI KEWANGAN DAN TIDAK BOLEH DITEBUS UNTUK WANG TUNAI. BARANGAN MAYA DAN MATA WANG PERMAINAN TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN DAN TIDAK BOLEH DIPERDAGANGKAN, SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN, DAN TIDAK DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN PELABURAN. Barangan Maya dan Mata Wang Permainan adalah dilesenkan, tidak dijual. Dengan syarat anda mematuhi terma EULA ini dan Perjanjian App Store, kami memberikan anda lesen berikut: hak dan lesen terhad peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan mana-mana Barangan Maya atau Mata Wang Permainan yang anda boleh akses, sama ada dibeli atau diperolehi, semata-mata berkaitan dengan penggunaan Permainan yang disebutkan dan dalam Permainan (melainkan kami memberitahu anda sebaliknya bahawa anda boleh menggunakannya dalam berbilang Permainan) dan bukan untuk tujuan lain.  Melainkan dibenarkan secara nyata oleh kami dalam Permainan tertentu, anda tidak boleh berdagang mana-mana Barangan Maya atau Mata Wang Permainan dengan individu lain. Kami boleh membatalkan, menarik balik, atau sebaliknya menghalang penggunaan Barangan Maya atau Mata Wang Permainan jika kami mengesyaki sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan atau penipuan, dan/atau untuk membetulkan sebarang permohonan yang salah bagi mana-mana Barangan Maya atau Mata Wang Permainan ke Akaun anda.

(c)              Perubahan Terhadap Mata Wang Permainan dan Barangan Maya. Kecuali dilarang sebaliknya oleh undang-undang yang berkenaan, kami, mengikut budi bicara mutlak kami, boleh mengubah suai, menggantikan, menggantung, membatalkan atau menghapuskan mana-mana Mata Wang Permainan atau Barangan Maya, termasuk keupayaan anda untuk mengakses atau menggunakan Mata Wang Permainan atau Barangan Maya, tanpa notis atau liabiliti kepada anda, seperti jika kami perlu menggantung Permainan buat sementara waktu untuk membuat kemas kini, mempunyai kecemasan yang memerlukan kami untuk menyahdayakan Perkhidmatan kami, atau jika kami akhirnya perlu menutup Permainan atas sebab ekonomi atau sebab-sebab lain kerana bilangan pengguna yang terus menggunakan Perkhidmatan dalam talian dari semasa ke semasa adalah terhad. ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TIDAK AKAN MENEGASKAN ATAU MEMBUAT SEBARANG TUNTUTAN TERHADAP KAMI, AHLI GABUNGAN KAMI, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, EJEN ATAU PELESEN KAMI ("PIHAK SYARIKAT”) YANG BERKAITAN DENGAN (A) TUNTUTAN BAHAWA ANDA MEMPUNYAI KEPENTINGAN PROPRIETARI DALAM MANA-MANA MATA WANG PERMAINAN ATAU BARANGAN MAYA; ATAU (B) TUNTUTAN UNTUK DAKWAAN NILAI MONETARI MATA WANG PERMAINAN ATAU BARANGAN MAYA YANG HILANG DISEBABKAN (I) PEMADAMAN ATAU PENGGANTUNGAN AKAUN ANDA, (II) PELARASAN PERMAINAN YANG MENGAKIBATKAN PERUBAHAN NILAI BARANGAN MAYA ATAU MATA WANG PERMAINAN, ATAU (III) PENGUBAHSUAIAN, PENAMATAN ATAU TAMAT TEMPOH EULA INI.

10. Bayaran balik

Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai (termasuk seperti yang diterangkan dalam setiap adendum khusus mengikut negara di bawah), atau dasar App Store, (i) semua Permainan, Barangan Maya dan Mata Wang Permainan kekal sebagai hak milik kami, tidak mempunyai nilai kewangan dan tidak boleh ditebus, dikembalikan atau layak untuk sebarang remedi alternatif lain untuk mana-mana wang "dunia nyata" atau apa-apa yang bernilai kewangan, melainkan ia rosak, tidak tersedia, atau tidak berfungsi selaras dengan spesifikasi yang kami sediakan; (ii) kami boleh membatalkan lesen anda kepada Permainan, Barangan Maya dan/atau Mata Wang Permainan tersebut pada bila-bila masa selaras dengan EULA ini tanpa notis atau liabiliti kepada anda; dan (iii) kecuali jika undang-undang dalam bidang kuasa anda memperuntukkan hak pengeluaran yang tidak boleh diketepikan oleh kontrak, dengan membeli dan menggunakan mana-mana Permainan, Barangan Maya dan/atau Mata Wang Permainan, anda dengan ini mengetepikan hak anda untuk menarik diri daripada perjanjian anda untuk membeli Permainan, Mata Barangan Maya dan/atau Mata Wang Permainan yang berkenaan, dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan layak untuk menerima bayaran balik (atau sebarang remedi alternatif) yang berhubung dengan Permainan, Barangan Maya dan/atau Mata Wang Permainan tersebut. Selain itu, anda dengan ini bersetuju bahawa sebarang hak pengeluaran akan tamat serta-merta selepas pembelian dan penghantaran Permainan, Barangan Maya dan/atau Mata Wang Permainan anda, melainkan undang-undang dalam bidang kuasa anda memperuntukkan sebaliknya. Bahagian ini tidak menjejaskan hak berkanun anda.

11. Ujian Beta

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan versi beta bagi salah satu daripada Perkhidmatan kami ("Beta”). Seperti namanya, Beta bukanlah versi pelancaran komersial, tidak dijamin untuk berfungsi dengan betul dan mungkin menyebabkan bahagian lain sistem anda tidak berfungsi dengan baik. Untuk lesen yang diberikan kepada anda dalam Bahagian 6 di atas untuk melanjutkan versi Beta (bermaksud, untuk anda mendapat kebenaran menggunakan Beta), anda memperakui dan bersetuju untuk menerima terma-terma berikut sebagai tambahan kepada EULA ini:

(a)              Kami mungkin memadam atau mengubah suai secara automatik maklumat yang disimpan dalam komputer anda yang berkaitan dengan Beta untuk sebarang sebab pada bila-bila masa sepanjang tempoh ujian Beta;

(b)             Kami boleh menamatkan ujian Beta pada bila-bila masa, yang kemudiannya akan menyebabkan versi Beta anda tidak boleh dimainkan atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Apabila kami menamatkan Beta, anda mesti memadamkan tika Beta tempatan pada komputer anda dan semua dokumen serta bahan yang anda terima daripada kami yang berkaitan dengan Beta;

(c)              Penggunaan Beta adalah tertakluk kepada layanan sulit Beta tersebut dan semua elemennya. "Maklumat Sulit" bermaksud sebarang maklumat yang didedahkan oleh kami kepada anda, atau diakses atau diberikan oleh anda yang berhubung dengan Beta (termasuk sebarang maklum balas yang diberikan dan Permainan itu sendiri). Anda bersetuju bahawa anda:

(i)               tidak akan menggunakan sebarang Maklumat Sulit selain daripada yang diperlukan untuk menggunakan Beta selaras dengan EULA ini;

(ii)              akan mengekalkan Maklumat Sulit dalam keyakinan yang ketat dan menggunakan tahap penjagaan yang sama untuk melindunginya seperti yang anda gunakan untuk melindungi maklumat sulit anda sendiri, tapi dalam keadaan yang tidak kurang daripada penjagaan yang munasabah;

(iii)            tidak akan mendedahkan Maklumat Sulit kepada mana-mana individu atau entiti selain daripada yang dibenarkan oleh kami; dan

(iv)            tidak akan membuat sebarang pengumuman umum berkaitan Beta atau Perkhidmatan, termasuk menyiarkan atau mendedahkan sebarang maklumat (cth. tangkapan skrin dan spesifikasi) yang berkaitan Beta, tanpa kelulusan bertulis daripada kami terlebih dahulu, yang mungkin kami berikan atau tahan mengikut budi bicara kami sendiri.

(d)             Penamatan Beta oleh kami bukan alasan untuk sebarang jenis bayaran balik dan penyertaan anda dalam Beta tidak melayakkan anda untuk mendapat sebarang pampasan atau mana-mana Perkhidmatan percuma, termasuk sebarang Kandungan dan Mata Wang Permainan; dan

Jika dan apabila kami mengeluarkan versi penuh (bukan Beta) bagi Permainan tertentu, kami mungkin membenarkan penggunaan Permainan oleh anda diteruskan ke versi penuh. Jika dibenarkan oleh kami, penggunaan berterusan anda bagi Permainan tersebut tidak lagi akan tertakluk kepada Bahagian 11 ini, tapi masih akan tertakluk kepada seluruh EULA ini.

12. App Store; Permainan Konsol

Jika Permainan disediakan kepada anda melalui App Store, atau jika anda bermain Permainan pada konsol, maka terma-terma tambahan mungkin dikenakan.

Jika Permainan disediakan kepada anda melalui App Store (sama ada pada peranti mudah alih atau konsol anda), anda memperakui dan bersetuju dengan terma-terma dalam Jadual B-1 yang berkenaan dengan Permainan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa terma tambahan akan diguna pakai jika anda bermain Permainan pada konsol:

  • Jika anda bermain Permainan pada sistem PlayStation proprietari, termasuk tanpa had kepada PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation 5, PlayStation Portable (PSP), PlayStation Vita (PS Vita) dan PlayStation Vita TV (PS Vita TV ), dan semua lelaran dan emulasi pelayan bagi setiap satu (setiap satu, "Sistem Sony”), sila lihat juga jadual B-2 untuk terma-terma selanjutnya.
  • Jika anda bermain Permainan pada Konsol Xbox, sila lihat juga jadual B-3 untuk terma-terma selanjutnya.
  • Jika anda bermain Permainan pada Konsol Nintendo, sila lihat juga jadual B-4 untuk terma-terma selanjutnya.

13. Maklum Balas

Kami ingin mendengar maklum balas anda, baik atau buruk. Ia membantu kami untuk menjadi lebih baik! Tetapi, jika anda memberikan maklum balas kepada kami, kami perlu menggunakannya secara bebas mengikut kehendak kami dan tanpa membayar anda.

Kami mengalu-alukan maklum balas, komen dan cadangan anda untuk penambahbaikan pada Perkhidmatan (“Maklum Balas”). Anda boleh menghantar Maklum Balas di Halaman Sokongan kami atau melalui fungsi Perkhidmatan (jika ada). Jika anda memberikan kami sebarang Maklum Balas, anda dengan ini memberikan kami lesen berikut: lesen tidak eksklusif, boleh dipindah milik, di seluruh dunia, kekal, tidak boleh ditarik balik, berbayar penuh, bebas royalti, dengan hak untuk mensublesenkan, di bawah mana-mana dan semua hak harta intelek yang anda miliki atau kawal untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, mencipta karya terbitan berdasarkan Maklum Balas tersebut, mengedarkan salinan, melaksanakan secara umum, memaparkan secara terbuka dan sebaliknya mengeksploitasi Maklum Balas tersebut untuk sebarang tujuan dan di mana-mana negara. Lesen ini tidak luput atau tamat tempoh walaupun kami tidak melaksanakan hak-hak kami di bawah lesen ini dalam tempoh satu tahun. Jika anda mempunyai hak dalam Maklum Balas yang tidak boleh dilesenkan kepada kami di bawah undang-undang yang berkenaan (seperti hak moral dan hak peribadi lain), anda dengan ini mengenepikan dan bersetuju untuk tidak menuntut hak tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa anda memberikan Maklum Balas secara bebas, bahawa kami tidak perlu menggunakannya, dan anda tidak akan diberi pampasan dalam apa jua cara untuk Maklum Balas anda. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai hak dalam sebarang Maklum Balas yang anda berikan kepada kami mencukupi untuk memberikan kami dan pihak-pihak lain yang terjejas tentang hak-hak yang diterangkan di atas, termasuk, tanpa had, hak harta intelek atau hak publisiti atau privasi.  

Dalam menyiarkan Maklum Balas sedemikian, anda menjamin bahawa maklum balas anda mematuhi EULA ini, dan anda tidak akan menggunakan bahasa lucah atau menyinggung perasaan atau menghantar sebarang bahan yang, atau mungkin berpotensi memfitnah, menghina atau membenci, merupakan pencerobohan privasi sesiapa, berbahaya kepada pengguna-pengguna lain, atau melanggar sebarang undang-undang yang berkenaan.

14. Dasar DMCA/Hak Cipta 

Kami menghormati undang-undang hak cipta dan mengharapkan pengguna kami untuk melakukan perkara yang sama. Ia menjadi dasar kami untuk menamatkan dalam keadaan-keadaan yang bersesuaian, Akaun Permainan pengguna yang berulang kali melanggar atau dipercayai berulang kali melanggar hak pemegang hak cipta.

15. Laman Web dan Sumber Pihak Ketiga

Pautan luar adalah untuk kemudahan anda, tapi kami tidak dapat menjaminnya.

Perkhidmatan mungkin mengandungi pautan ke laman web atau sumber pihak ketiga. Kami menyediakan pautan-pautan ini hanya sebagai kemudahan dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, produk atau perkhidmatan pada atau yang tersedia daripada laman web atau sumber atau pautan yang dipaparkan pada laman web tersebut. Anda memperakui tanggungjawab sepenuhnya dan menanggung semua risiko yang timbul daripada penggunaan mana-mana laman web atau sumber pihak ketiga oleh anda.

16. Caj Data dan Peranti Mudah Alih

Ini adalah peringatan bahawa anda bertanggungjawab untuk sebarang caj berkaitan data yang mungkin anda tanggung kerana menggunakan Perkhidmatan kami.

Anda bertanggungjawab untuk semua caj berkaitan data yang mungkin anda tanggung kerana menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk, tanpa had, caj rangkaian mudah alih, pemesejan teks dan data. Anda harus memahami atau bertanya kepada penyedia perkhidmatan anda tentang caj-caj yang mungkin anda tanggung sebelum menggunakan Perkhidmatan.

17. Pengubahsuaian Perkhidmatan dan EULA

Apabila kami mengemas kini EULA ini, anda perlu bersetuju dengan versi yang dikemas kini untuk terus menggunakan Perkhidmatan kami. Kami juga memerlukan kebebasan untuk mengemas kini mana-mana bahagian Perkhidmatan pada bila-bila masa yang kami rasa sesuai, jadi kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami boleh berbuat begitu pada bila-bila masa.

Kami mungkin (tetapi tidak perlu) mengemas kini EULA ini pada bila-bila masa apabila kami fikir terdapat keperluan. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, jika kami berbuat demikian, anda akan diminta untuk bersetuju menerima EULA yang dikemas kini selepas akses anda yang seterusnya kepada Perkhidmatan atau apabila EULA yang dikemas kini telah dimaklumkan kepada anda. Anda mesti bersetuju menerima kemas kini ini untuk terus menggunakan Perkhidmatan.

Kami mungkin menyediakan tampung, kemas kini atau naik taraf kepada Perkhidmatan yang mesti dipasang untuk membolehkan anda terus menggunakan Perkhidmatan. Kami mungkin mengemas kini Perkhidmatan secara jarak jauh tanpa memaklumkan kepada anda, dan anda dengan ini mengizinkan kami menggunakan tampung, kemas kini dan naik taraf tersebut. Jika peranti anda boleh menghalang kemas kini automatik, anda mungkin tidak dapat mengakses Perkhidmatan sehingga anda mengemas kini Perkhidmatan secara manual pada peranti anda. Kami boleh mengubah suai, menggantung, menghentikan, menggantikan, atau mengehadkan akses anda kepada mana-mana aspek Perkhidmatan pada bila-bila masa. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, anda memperakui bahawa sebarang data watak, kemajuan permainan, penyesuaian permainan atau data lain yang berkaitan dengan penggunaan anda terhadap mana-mana Permainan tertentu dan elemen-elemen lain yang unik kepada Perkhidmatan mungkin tidak lagi tersedia untuk anda pada bila-bila masa tanpa notis daripada kami, termasuk, tanpa had, selepas tampung, kemas kini atau naik taraf digunakan oleh kami. Anda bersetuju bahawa kami tidak mempunyai sebarang kewajipan penyelenggaraan atau sokongan berkenaan Perkhidmatan.

Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, kami boleh menukar harga Perkhidmatan, Permainan, Barangan Maya, Mata Wang Permainan atau Kandungan, pada bila-bila masa, atas sebarang sebab, tanpa notis atau liabiliti kepada anda.

18. Penafian Waranti

Kami tidak membuat sebarang jaminan terhadap Perkhidmatan.

SEHINGGA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, PERKHIDMATAN DIBERIKAN “SEADANYA,” TANPA SEBARANG JENIS WARANTI. TANPA MENGEHADKAN PERKARA DI ATAS, PIHAK SYARIKAT MENAFIKAN SEBARANG WARANTI TERSIRAT TENTANG KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KESERONOKAN SENYAP DAN TANPA PELANGGARAN, SERTA SEBARANG WARANTI YANG TIMBUL DARIPADA URUSAN ATAU PENGGUNAAN PERDAGANGAN. Pihak Syarikat tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan memenuhi keperluan-keperluan anda atau tersedia tanpa gangguan, selamat atau bebas ralat. Pihak Syarikat tidak membuat jaminan mengenai kualiti, ketepatan, ketepatan masa, kebenaran, kesempurnaan atau kebolehpercayaan Perkhidmatan.

19. Had Liabiliti

Bahagian ini mengehadkan perkara yang anda boleh dapatkan daripada kami dalam pertikaian.

SEHINGGA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, PIHAK SYARIKAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA-APA CARA UNTUK SEBARANG:

(a)              KEHILANGAN KEUNTUNGAN,

(b)             KEHILANGAN PENDAPATAN,

(c)              KEHILANGAN SIMPANAN,

(d)             KEHILANGAN DATA, ATAU

(e)              SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, AKIBAT, KHAS, PUNITIF ATAU TELADAN,

YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN EULA ATAU PERKHIDMATAN INI, ATAU KELEWATAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN ATAU KEKURANGAN FUNGSI PERKHIDMATAN, WALAUPUN SEKIRANYA BERLAKU SATU KESALAHAN PIHAK SYARIKAT, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT, GANTI RUGI, LIABILITI PRODUK, PELANGGARAN KONTRAK, PELANGGARAN WARANTI, ATAU SEBALIKNYA DAN WALAUPUN SEKIRANYA PIHAK SYARIKAT ITU TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT.  SELANJUTNYA, SEHINGGA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, LIABILITI AGREGAT PIHAK SYARIKAT YANG TIMBUL ATAU BERKAITAN DENGAN EULA INI ATAU PERKHIDMATAN TIDAK AKAN MELEBIHI: (A) JUMLAH AMAUN YANG ANDA TELAH BAYAR (JIKA ADA) ATAU DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA KAMI UNTUK PERMAINAN ATAU PERKHIDMATAN TERTENTU YANG DIPERSOALKAN DALAM TEMPOH ENAM (6) BULAN TERDAHULU SEBELUM PERISTIWA YANG MENIMBULKAN LIABILITI TERSEBUT; ATAU (B) JIKA (A) TIDAK BERKENAAN, LIMA PULUH DOLAR ($50 USD). HAD-HAD DAN PENGECUALIAN INI BERKAITAN KEROSAKAN DIGUNA PAKAI WALAUPUN MANA-MANA REMEDI GAGAL UNTUK MEMBERIKAN PAMPASAN YANG MENCUKUPI DAN MERUPAKAN ELEMEN ASAS BAGI TAWAR-MENAWAR ANTARA ANDA DAN KAMI.

Walau apa pun perkara di atas, sesetengah negara, negeri, wilayah atau bidang kuasa yang lain tidak membenarkan pengecualian waranti tertentu atau had liabiliti seperti yang dinyatakan di atas, jadi terma-terma di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Sebaliknya, dalam bidang kuasa yang sedemikian, pengecualian dan pengehadan di atas akan digunakan sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang bidang kuasa tersebut. Selain itu, anda mungkin mempunyai hak undang-undang tambahan dalam bidang kuasa di tempat anda, dan tiada perkara dalam EULA ini akan menjejaskan hak sedemikian yang mungkin anda miliki sebagai pengguna Perkhidmatan.

20. Ganti Rugi

Jika seseorang individu menyaman kami berdasarkan pelanggaran anda terhadap EULA ini atau akses atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda, anda bersetuju untuk membela kami atau membayar pembelaan kami dalam tuntutan mahkamah tersebut.

Anda bersetuju untuk menanggung rugi (dengan kata lain, membayar pampasan untuk semua dan apa-apa kerugian yang ditanggung), membayar kos pembelaan, dan memastikan Pihak Syarikat dan pekerja, pegawai, pengarah, ejen, kontraktor dan wakil yang lain dilindungi daripada semua tuntutan, permintaan, tindakan, kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk, tanpa had, yuran peguam, kos dan yuran saksi pakar) yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan: (a) akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan; atau (b) sebarang dakwaan yang jika benar, akan menyebabkan anda melanggar EULA ini. Anda bersetuju untuk membayar balik kepada kami bagi sebarang pembayaran yang dibuat atau kerugian yang kami alami, sama ada dalam penghakiman atau penyelesaian mahkamah, berdasarkan apa-apa perkara yang dilindungi oleh Bahagian 20 ini.

21. Penamatan

Kami berhak untuk menamatkan EULA ini sebagaimana yang kami lihat sesuai mengikut undang-undang yang berkenaan.  Sebab-sebab kami boleh menamatkan EULA ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: jika kami menghentikan tawaran permainan kami di rantau anda, jika anda melanggar EULA ini, atau jika App Store menamatkan Akaun App Store anda.

Setakat yang konsisten dengan undang-undang yang berkenaan, kami mungkin menggantung, mengubah suai atau menamatkan akses anda dan penggunaan Perkhidmatan, termasuk mana-mana Permainan, Barangan Maya dan Kandungan, tanpa liabiliti atau notis kepada anda, sekiranya (a) kami berhenti menyediakan Permainan kepada pengguna yang mempunyai kedudukan yang sama secara amnya; (b) anda melanggar mana-mana syarat EULA ini (termasuk Perjanjian App Store dan dasar lain kami yang dinyatakan dalam EULA ini); (c) pemilik App Store yang berkenaan menamatkan Akaun App Store anda; atau (d) kami sebaliknya menganggap perlu untuk menggantung atau mengubah suai akses anda dan penggunaan Perkhidmatan atau menamatkan EULA ini mengikut budi bicara kami sendiri. Anda juga boleh menamatkan EULA ini dengan memadam dan menyahpasang Permainan pada semua peranti anda atau dengan memadam Akaun App Store anda.  Penggantungan atau pengubahsuaian akses anda dan penggunaan Perkhidmatan akan mengakibatkan ketidakupayaan anda untuk mengakses dan menggunakan beberapa atau semua ciri Perkhidmatan, seperti yang ditentukan oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami. Selepas penamatan EULA ini, hak yang diberikan kepada anda akan ditamatkan secara automatik, anda tidak boleh lagi menggunakan mana-mana hak tersebut atau EULA ini.  Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menyediakan akses berterusan dan penggunaan Perkhidmatan selepas penamatan tersebut.

Jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, penamatan EULA ini tidak memerlukan keputusan mahkamah untuk menjejaskan penamatan atau notis yang disampaikan oleh bailif mahkamah sebagai prasyarat untuk penamatan.

Kecuali setakat yang dikehendaki oleh undang-undang, semua bayaran dan yuran tidak akan dikembalikan dalam semua keadaan, tidak kira sama ada EULA ini telah ditamatkan atau tidak.

Bahagian-bahagian berikut akan bertahan dalam penamatan EULA ini: 8 (dua ayat pertama sahaja), 13, 19, 20, 22 sehingga 25, dan ayat pada Bahagian 21 ini.

22. Penyelesaian Pertikaian dan Undang-undang yang Mentadbir

Anda bersetuju dengan Undang-undang Norway. Jika terdapat pertikaian antara kita, kami bersetuju untuk mencuba terlebih dahulu untuk menyelesaikannya melalui rundingan tidak rasmi dan kemudian  melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, dengan setiap daripada kita membayar kos sendiri.

(a)              Undang-undang yang Mentadbir. Anda bersetuju bahawa sebarang pertikaian, kontroversi, perbezaan atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan EULA, Permainan atau Perkhidmatan ini, termasuk kewujudan, kesahihan, tafsiran, prestasi, pelanggaran atau penamatannya atau sebarang pertikaian mengenai kewajipan bukan kontrak yang timbul daripada atau berkaitan dengan EULA, Permainan atau Perkhidmatan ini (secara kolektif, “Pertikaian”) akan diselesaikan mengikut undang-undang Norway tanpa merujuk kepada pilihan peraturan undang-undang dan tidak meliputi peruntukan Konvensyen PBB 1980 mengenai Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa. Mana-mana undang-undang atau peraturan yang memperuntukkan bahawa bahasa kontrak akan ditafsirkan terhadap penggubal tidak akan digunakan untuk EULA ini.

(b)             Rundingan Tidak Rasmi. Untuk mempercepatkan penyelesaian dan mengawal kos bagi sebarang pertikaian, jika terdapat pertikaian antara kami, kedua-dua pihak bersetuju untuk terlebih dahulu berusaha berunding secara baik selama sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari. Rundingan tidak formal ini akan bermula apabila salah satu pihak memberikan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi. Kami akan menghantar notis kepada maklumat hubungan yang terdapat dalam rekod kami untuk anda. Notis ini akan menerangkan sifat dan asas pertikaian serta menyatakan jumlah ganti rugi atau bentuk penyelesaian lain yang diminta. Anda bersetuju untuk menghantar notis anda ke [email protected] (atau secara alternatif ke Halaman Sokongan kami),  dan notis tersebut mesti bersifat peribadi kepada anda. Notis anda hendaklah: (i) menyertakan ID permainan anda serta alamat surat-menyurat dan alamat e-mel yang boleh kami gunakan untuk menghubungi anda; (ii) menerangkan sifat dan asas pertikaian; dan (iii) menyatakan jumlah ganti rugi atau bentuk penyelesaian lain yang diminta.

(c)              Timbang Tara Mandatori. Sekiranya anda dan kami tidak dapat menyelesaikan sebarang pertikaian, pertikaian tersebut akan dirujuk kepada Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di bawah Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) dan akan diselesaikan secara muktamad mengikut Peraturan Timbang Tara ICC yang berkuat kuasa pada waktu notis timbang tara diberikan. Proses timbang tara akan dijalankan oleh seorang atau lebih penimbang tara yang dilantik mengikut peraturan tersebut. Timbang tara ini akan dijalankan berdasarkan undang-undang Norway, dengan lokasi rasmi timbang tara di Norway. Bahasa yang digunakan dalam prosiding adalah bahasa Inggeris. Penimbang tara hanya boleh memberikan ganti rugi sebagaimana yang dibenarkan dalam Perjanjian Lesen Pengguna Akhir (EULA) ini.

(d)             Kos. Setiap pihak akan membayar kos dan perbelanjaannya sendiri (termasuk, tanpa had, yuran guaman) bagi mana-mana timbang tara tersebut; dengan syarat, walau bagaimanapun, bahawa pihak-pihak yang berkenaan akan berkongsi yuran dan perbelanjaan penimbang tara secara sama rata.

(e)              Pelepasan Injunktif. Walau apa pun yang bertentangan dalam EULA ini, mana-mana pihak boleh sentiasa memohon kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk injunksi atau sebarang pelepasan undang-undang atau saksama yang lain.

23. Tiada Penugasan

Anda tidak boleh memindahkan atau menugaskan EULA ini kepada orang lain.

Anda tidak boleh menugaskan atau memindahkan EULA ini, dengan kuat kuasa undang-undang atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Sebarang percubaan oleh anda untuk menugaskan atau memindahkan EULA ini, tanpa persetujuan sedemikian, akan terbatal dan tidak sah. Walau apa pun tajuk Bahagian ini, kami boleh menugaskan atau memindahkan EULA ini secara bebas tanpa sekatan. Tertakluk kepada perkara di atas, EULA ini akan mengikat dan memberi manfaat kepada pihak-pihak, pengganti mereka dan penerima serah hak yang dibenarkan.

24. Pelbagai

EULA ini adalah keseluruhan perjanjian kami (tiada janji luar). Versi rasmi adalah bahasa Inggeris. Jika sebahagian daripada EULA ini tidak terpakai, selebihnya kekal sebanyak mungkin. Jika kami tidak menguatkuasakan sebahagian daripada EULA ini, ini tidak bermakna kami tidak akan melakukannya pada masa akan datang atau kami tidak akan menguatkuasakan hak kami yang lain. Selain itu, kecuali untuk App Store, tiada sesiapa selain daripada anda atau kami yang boleh menguatkuasakan EULA ini.

(a)              Keseluruhan Perjanjian. EULA ini dan mana-mana dokumen atau maklumat lain yang dirujuk dalam EULA ini membentuk pemahaman keseluruhan dan eksklusif antara anda dan kami mengenai Perkhidmatan dan menggantikan mana-mana dan semua pemahaman atau perjanjian lisan atau bertulis terdahulu antara anda dan kami mengenai Perkhidmatan.

(b)             Bahasa. Bahasa asal EULA ini adalah bahasa Inggeris; sebarang terjemahan yang disediakan adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, anda mengenepikan sebarang hak yang mungkin anda miliki di bawah undang-undang negara anda untuk menulis atau menafsirkan EULA ini dalam mana-mana bahasa lain.

(c)              Kebolehasingan. EULA ini menerangkan hak undang-undang tertentu. Anda mungkin mempunyai hak-hak lain di bawah undang-undang bidang kuasa di tempat anda. EULA ini tidak mengubah hak anda di bawah undang-undang bidang kuasa di tempat anda jika undang-undang bidang kuasa di tempat anda tidak membenarkannya untuk berbuat demikian. Seperti yang dinyatakan di atas, pengehadan dan pengecualian waranti dan remedi dalam EULA ini mungkin tidak terpakai kepada anda kerana bidang kuasa di tempat anda mungkin tidak membenarkannya dalam keadaan tertentu bagi anda. Sekiranya peruntukan tertentu EULA ini dipegang oleh mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa kompeten sebagai tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan hanya setakat yang mungkin di bawah undang-undang yang terpakai, baki terma-terma EULA ini akan kekal berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya.

(d)             Tiada Pengecualian. Tindakan atau ketiadaan tindakan daripada anda dan kami tidak akan mewujudkan sebarang hak lain di bawah EULA ini kecuali seperti yang ditulis secara jelas dalam EULA ini. Kegagalan kami untuk menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan EULA ini tidak akan dianggap sebagai pengecualian hak atau peruntukan tersebut. Pengecualian mana-mana hak atau peruntukan sedemikian akan berkuat kuasa hanya secara bertulis dan ditandatangani oleh salah seorang wakil kami yang diberi kuasa. Kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam EULA ini, pelaksanaan mana-mana remedinya oleh mana-mana pihak di bawah EULA ini tidak akan menjejaskan remedinya yang lain di bawah EULA ini atau sebaliknya.

(e)              Status Anda. Anda tidak dan bukan bertindak bagi pihak mana-mana individu yang:

a. tertakluk kepada sekatan atau sekatan eksport yang dikekalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Republik Rakyat China, Amerika Syarikat (cth., Senarai Warganegara dan Orang Disekat yang Ditentukan  (“Senarai SDN”) atau Senarai Entiti), Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Kingdom (termasuk Senarai Gabungan Sasaran Sekatan Kewangan), Kesatuan Eropah dan mana-mana Negara Anggotanya (termasuk Senarai Gabungan Orang, Kumpulan dan Entiti Tertakluk kepada Sekatan Kewangan) atau mana-mana senarai lain orang disekat yang dikekalkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas anda (mana-mana orang yang disenaraikan sedemikian adalah "Orang Disekat");

b. beroperasi dari atau terletak atau bermastautin di negara atau wilayah yang menjadi sasaran sekatan menyeluruh (“Wilayah yang Diembargo”).

(f)               Pematuhan Perdagangan Am. Sehubungan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, anda akan mematuhi semua kawalan eksport yang berkenaan dan undang-undang dan peraturan sekatan ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Republik Rakyat China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom dan pihak berkuasa kerajaan lain yang berkenaan (secara kolektif, “Undang-undang Perdagangan”). Anda bersetuju untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan yang akan melanggar Undang-undang Perdagangan atau yang akan menyebabkan kami menghadapi risiko melanggar mana-mana Undang-undang Perdagangan. Jika kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa anda ialah Orang Disekat, berada di atau bermastautin di Wilayah yang Diembargo atau sebaliknya terlibat dalam aktiviti yang melanggar Undang-undang Perdagangan atau akan menyebabkan kami menghadapi risiko melanggar mana-mana Undang-undang Perdagangan, kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, mengambil mana-mana dan semua tindakan yang berkaitan, seperti meminta anda menghentikan tingkah laku yang melanggar Undang-undang Perdagangan, menyahaktifkan atau menggantung Perkhidmatan, menamatkan Perkhidmatan dengan serta-merta atau tindakan pembetulan lain.

(g)              Hak Pihak Ketiga. Kecuali seperti yang diterangkan dalam Bahagian 12, seseorang yang bukan pihak terhadap EULA ini tidak akan mempunyai hak untuk menguatkuasakan mana-mana termanya.

(h)             Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU dan perundangan berkaitan. Sila rujuk halaman maklumat DSA kami di https://www.funcom.com/digital_services_act/ di mana anda boleh mendapatkan: (a) Maklumat mengenai cara kami memantau kandungan di platform kami, serta cara untuk melaporkan sebarang aktiviti haram atau pelanggaran peraturan yang anda temui; (b) Butiran mengenai wakil undang-undang yang dilantik dan saluran hubungan elektronik kami bagi tujuan pematuhan DSA; dan (c) Panduan untuk pihak penguatkuasa undang-undang dan badan kawal selia yang ingin mengemukakan permintaan bagi pemadaman kandungan haram dalam perkhidmatan kami atau mendapatkan maklumat tertentu mengenai pengguna.

25. Maklumat Perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang EULA atau Permainan ini, sila hubungi kami di Halaman Sokongan kami.

 

 

Jadual B-1: Terma App Store

Jika anda memuat turun Permainan daripada App Store, maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, anda memperakui dan bersetuju bahawa:

  • Kami, dan bukan App Store, adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Permainan.
  • App Store tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan sebarang penyelenggaraan atau sokongan Permainan.
  • Jika Permainan tidak dapat memenuhi warantinya (jika ada), anda boleh memaklumkan kepada App Store dan App Store akan membuat bayaran balik harga pembelian Permainan kepada anda (jika berkenaan) dan, sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, App Store tidak akan mempunyai kewajipan waranti lain dalam apa jua keadaan pun berkenaan dengan Permainan. Sebarang tuntutan, kerugian, liabiliti, ganti rugi, kos atau perbelanjaan lain yang dikaitkan dengan sebarang kegagalan untuk mematuhi sebarang waranti akan menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya.
  • App Store tidak bertanggungjawab untuk menangani sebarang tuntutan yang anda miliki atau sebarang tuntutan mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan Permainan atau pemilikan dan penggunaan Permainan oleh anda, termasuk, tanpa had: (i) tuntutan liabiliti produk; (ii) sebarang tuntutan di mana Permainan gagal mematuhi mana-mana keperluan undang-undang atau peraturan yang berkenaan; dan (iii) tuntutan yang timbul di bawah perlindungan pengguna atau perundangan yang serupa.
  • Sekiranya terdapat sebarang tuntutan pihak ketiga bahawa Permainan atau pemilikan dan penggunaan Permainan oleh anda melanggar hak harta intelek pihak ketiga tersebut, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk penyiasatan, pembelaan, penyelesaian dan pelepasan mana-mana tuntutan pelanggaran harta intelek tersebut setakat yang diperlukan oleh EULA ini.
  • App Store, dan anak-anak syarikatnya, adalah benefisiari pihak ketiga EULA ini dan apabila anda menerima EULA ini, App Store akan mempunyai hak untuk menguatkuasakan EULA ini terhadap anda sebagai benefisiari pihak ketiga.
  • Anda menyatakan dan menjamin bahawa (i) anda tidak berada di negara yang tertakluk kepada embargo Kerajaan AS, atau yang telah ditetapkan oleh Kerajaan AS sebagai negara yang menyokong pengganas; dan (ii) anda tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai pihak yang dilarang atau disekat oleh Kerajaan AS.
  • Anda juga mesti mematuhi semua syarat perkhidmatan pihak ketiga yang berkenaan atau perjanjian yang serupa apabila menggunakan Permainan.

 

 

Jadual B-2: Terma Sony

Jika anda bermain Permainan pada Sistem Sony dan merupakan pengguna SIEA (seperti yang ditakrifkan di bawah) atau pengguna SIEE (seperti yang ditakrifkan di bawah), maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, terma-terma berikut terpakai berkenaan dengan Permainan yang anda mainkan pada Sistem Sony:

(a)              Kami, bukan mana-mana Syarikat SIE (seperti yang ditakrifkan di bawah), adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Permainan.

(b)             Setiap Syarikat SIE adalah benefisiari pihak ketiga bagi EULA ini. EULA ini adalah perjanjian antara kami dan anda sahaja, bukan antara mana-mana Syarikat SIE dan anda. “Syarikat SIE” bermaksud Sony Interactive Entertainment, Inc. (“SIE INC.”), Sony Interactive Entertainment America LLC (“SIEA”), dan Sony Interactive Entertainment Europe Ltd. (“SIEE”) (SIE Inc., SIEA dan SIEE secara kolektif dirujuk sebagai “Syarikat SIE”).

(c)              Tertakluk kepada pematuhan terma EULA ini, anda hanya boleh bermain Permainan pada Sistem Sony yang anda miliki atau kawal, atau pada sistem lain yang mana Permainan dihantar oleh PSN. “PSN” bermaksud rangkaian dalam talian proprietari yang dikendalikan oleh Syarikat SIE atau ahli gabungannya yang boleh diakses melalui Sony Systems dan peranti-peranti lain, termasuk perkhidmatan yang disediakan sebagai sebahagian daripada atau melalui rangkaian itu, seperti PlayStation Now dan PlayStation Store.  PSN menyertakan perkhidmatan dan ciri-ciri baharu yang dibangunkan dan ditawarkan selepas tarikh EULA ini, dan rangkaian dalam talian lain yang dilancarkan selepas tarikh EULA ini, seperti yang ditentukan oleh Syarikat SIE.

(d)             Anda bersetuju untuk tidak menyalin, membuat persembahan secara terbuka, atau menyiarkan Permainan dengan cara yang tidak dibenarkan oleh kami.

Jika anda bermain Permainan pada Sistem Sony dan merupakan pengguna SIEA, maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, syarat tambahan berikut juga terpakai yang berkenaan dengan anda bermain Permainan pada Sistem Sony:

·        Pembelian dan penggunaan item-item adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan dan Perjanjian Pengguna Rangkaian PlayStation (https://www.playstation.com/en-us/network/legal/terms-of-service/). Perkhidmatan dalam talian ini telah disublesenkan kepada anda oleh Sony Interactive Entertainment America.

Jika anda bermain Permainan pada Sistem Sony dan merupakan pengguna SIEE, maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, terma-terma tambahan berikut juga terpakai berkenaan Permainan yang anda mainkan pada Sistem Sony:

·        Anda bersetuju untuk tidak mengeksploitasi Kandungan Dihasilkan Pengguna milik anda secara komersial tanpa kebenaran kami dan kebenaran SIEE. Anda membenarkan SIEE, ahli gabungannya dan pengguna PSN lain, untuk menggunakan, mengedar, menyalin, mengubah suai, memaparkan dan menerbitkan Kandungan Dihasilkan Pengguna milik anda, ID Dalam Talian PSN anda (dan, jika anda memilih untuk menggunakannya, nama anda) di seluruh PSN dan perkhidmatan berkaitan lain seperti laman web yang dikaitkan dengan Permainan. Anda juga membenarkan SIEE tanpa bayaran kepada anda, untuk melesenkan, menjual dan sebaliknya mengeksploitasi secara komersial Kandungan Dihasilkan Pengguna milik anda (contohnya, menjual langganan untuk mengakses Kandungan Dihasilkan Pengguna milik anda dan/atau menerima hasil pengiklanan berkaitan dengan Kandungan Dihasilkan Pengguna), dan untuk menggunakan Kandungan Dihasilkan Pengguna milik anda dalam promosi produk dan perkhidmatan PlayStation® dan Permainan. "Kandungan Dihasilkan Pengguna": teks, mesej, ulasan, gambar, suara, muzik, video, aset permainan, video permainan, maklumat berkaitan permainan dan bahan-bahan lain (i) dicipta oleh anda atau orang lain di PSN dan/atau (ii) dikongsi oleh anda atau lain-lain melalui PSN.

·        Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami untuk: (i) kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami atau kecuaian pekerja kami, ejen atau subkontraktor kami; (ii) penipuan atau salah nyata palsu; dan (iii) sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di bawah undang-undang terpakai. Tertakluk kepada perkara di atas dan tertakluk kepada Bahagian 19 EULA, liabiliti agregat Pihak Syarikat yang timbul daripada atau berkaitan dengan EULA atau Perkhidmatan ini, dan satu-satunya remedi anda, adalah terhad kepada £50 (atau setara dengan mata wang tempatan).

·        Sebarang kandungan yang dibeli di kedai dalam permainan akan dibeli daripada Sony Interactive Entertainment Network Europe Limited ("SIENE") dan tertakluk kepada Terma Perkhidmatan dan Perjanjian Pengguna Rangkaian PlayStation (https://www.playstation.com/en-us/network/legal/terms-of-service/) yang tersedia di PlayStation™ Store. Sila semak hak penggunaan untuk setiap pembelian kerana ini mungkin berbeza mengikut item. Melainkan jika ditunjukkan sebaliknya, kandungan yang tersedia di mana-mana kedai dalam permainan mempunyai rating umur yang sama seperti permainan tersebut.

 

 

Jadual B-3: Terma Xbox 

Jika anda bermain Permainan di Konsol Xbox, maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, terma-terma tambahan berikut juga terpakai berkenaan dengan Permainan yang anda mainkan di Konsol Xbox:

1.                Perjanjian Lesen Perisian Xbox (https://support.xbox.com/en-US/help/hardware-network/warranty-service/xbox-software-license-agreement);

2.                Perjanjian Perkhidmatan Microsoft (https://www.microsoft.com/en-US/servicesagreement); dan

3.                Piawaian Komuniti Xbox (https://www.xbox.com/en-US/legal/community-standards).

Untuk tujuan kejelasan, kami dan bukan Microsoft, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Permainan.

 

 

 

Jadual B-4: Terma Nintendo 

Jika anda bermain Permainan pada Konsol Nintendo, maka walau apa pun dalam EULA ini yang bertentangan, terma-terma tambahan berikut juga terpakai berkenaan dengan Permainan yang anda mainkan pada Konsol Nintendo:

1.                Perjanjian Pengguna Sistem Nintendo (tersedia dalam talian di: https://en-americas-support.nintendo.com/app/answers/detail/a_id/48057?menu=3ds&submenu=ctr-doc-eula);

2.                Perjanjian Pengguna Akaun Nintendo (https://accounts.nintendo.com/term/eula/US?lang=en-US);

3.                Terma Pembelian dan Langganan Nintendo (https://www.nintendo.com/purchase-terms/); dan

4.                Tatakelakuan Nintendo (https://www.nintendo.com/nintendoaccount/code-of-conduct/).

Untuk tujuan kejelasan, kami, dan bukan Nintendo, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Permainan.

 

 

 

 

Jadual C-1: Dasar Penstriman

Pengenalan.

Kami berharap anda menikmati permainan kami dan menyokong minat anda dalam menghasilkan video permainan, sama ada secara langsung atau rakaman (“Video”), yang berkongsi pengalaman permainan anda dengan individu lain, menggunakan imej, video, kesan bunyi, muzik dalam permainan atau aset lain daripada permainan kami (“Kandungan”). Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa dalam kebanyakan kes, menggunakan Kandungan kami tanpa kebenaran daripada kami adalah menyalahi undang-undang dan melanggar hak-hak kami. Dasar ini membantu memaklumkan kepada anda tentang hak-hak terhad yang kami berikan kepada anda untuk berkongsi pengalaman anda dengan Kandungan kami bersama khalayak ramai dalam Video anda.

Penggunaan Kandungan kami dalam Video oleh anda mestilah terhad kepada tujuan bukan komersial, kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas di bawah Dasar Penstriman ini:

Anda hanya boleh menggunakan Kandungan kami dalam Video anda untuk kegunaan bukan komersial, kecuali seperti yang kami nyatakan dengan jelas di bawah Dasar Penstriman ini. Oleh itu, anda tidak boleh melesenkan Video anda yang memanfaatkan Kandungan kami kepada mana-mana syarikat atau orang lain untuk bayaran atau bentuk pampasan lain atau untuk sebarang kegunaan komersial lain tanpa terlebih dahulu menerima kebenaran bertulis daripada kami untuk berbuat demikian. Harap maklum bahawa kami berhak menggunakan Video kami sendiri untuk tujuan komersial. Selanjutnya, mana-mana Video anda yang memanfaatkan Kandungan kami mesti mengandungi ulasan, permainan atau keaslian yang mencukupi untuk menjadikannya, mengikut budi bicara kami, satu pendidikan atau promosi. Contoh Video yang TIDAK layak di bawah dasar ini ialah klip adegan potong daripada permainan atau rakaman runut bunyi permainan tertentu (tanpa sebarang ulasan yang membincangkan adegan potongan atau runut bunyi).

Walau bagaimanapun, kami membenarkan anda untuk menerima bayaran berdasarkan dua kaedah berikut, dengan syarat anda mematuhi bahagian-bahagian lain Dasar Penstriman ini:

  • Pengewangan Video anda yang memanfaatkan Kandungan kami melalui iklan-iklan yang disiarkan oleh platform yang mengehos Video anda seperti YouTube atau Twitch ("Platform”).
  • Menerima derma melalui pautan derma yang disiarkan pada profil anda atau dalam penerangan Video pada Platform.

Cara anda boleh mengedarkan Video anda:

Tertakluk kepada terma-terma EULA yang berkenaan dan Dasar Penstriman ini, anda boleh mencipta Video menggunakan Kandungan kami, dan anda bebas untuk mengedarkan Video tersebut di laman web yang mana penonton dibenarkan untuk melihat Video ini tanpa sebarang bayaran. Kami faham bahawa sesetengah laman web mungkin menawarkan perkhidmatan berbayar. Dengan syarat bahawa laman web yang menjadi hos Video ini menyediakan kaedah percuma untuk membolehkan penonton melihatnya, anda boleh mengedarkan Video di laman web tersebut.

Perkara yang anda tidak boleh memasukkan ke dalam Video anda yang memanfaatkan Kandungan kami:

Anda tidak boleh memasukkan mana-mana Video (atau mana-mana sahaja yang dipautkan berhampiran atau pada halaman web yang sama dengan Video) apa-apa kandungan yang dilarang sebagai Kandungan Pengguna di bawah EULA dan yang berikut:

  • Apa-apa sahaja yang boleh membayangkan bahawa Video itu dihasilkan oleh kami atau kami menyokong anda atau Video anda (melainkan anda mempunyai hubungan sokongan dengan kami seperti yang dilindungi oleh perjanjian bertulis atau perjanjian lain yang berasingan);
  • Sebarang maklumat yang berkaitan dengan penipuan, penggodaman, eksploitasi, pepijat atau program pihak ketiga, termasuk pautan ke mana-mana yang perkara yang disebut di atas; mahupun
  • Penggunaan Kandungan kami yang melanggar undang-undang yang berkenaan atau menghina kami atau, mengikut budi bicara kami, boleh merosakkan nilai, muhibah atau reputasi kami, ahli gabungan kami, produk, Kandungan atau jenama kami.
  • Sebarang tingkah laku atau kelakuan yang melanggar moral dan etika awam.

Penilaian – pastikan Video anda sesuai seperti berikut:

Video anda hendaklah sepadan dengan garis panduan penilaian untuk permainan yang berkaitan dengannya dan tidak boleh dalam apa jua keadaan mengandungi sebarang kandungan yang akan melanggar penilaian “T” Lembaga Penilaian Perisian Hiburan (“ESRB”) atau penilaian “16” bagi Maklumat Permainan Pan European (“PEGI”).

Pendedahan – anda mesti mengenal pasti kami sebagai pemegang hak cipta Kandungan kami dan menafikan sokongan kami:

Dalam mana-mana Video yang memanfaatkan Kandungan kami yang anda sediakan, anda mesti menyertakan penafian yang ketara (sama ada di permulaan Video atau, jika penstriman langsung, berhampiran Video dengan fon yang boleh dilihat) seperti berikut:

  • Sebahagian daripada kandungan yang disediakan di sini, termasuk tanda dagangan dan hak cipta serta sebarang hak-hak harta intelek lain, adalah dimiliki atau dipegang oleh Pro Funcom Oslo AS atau pemberi lesennya (“FOAS”) dan semua hak dalam dan yang sama adalah terpelihara oleh FOAS. Kandungan ini bukan kandungan FOAS yang rasmi dan tidak disokong atau diluluskan oleh

 

Beberapa maklumat penting tambahan:

Seperti yang ditentukan oleh kami sepenuhnya, kami boleh menamatkan hak anda untuk mengehoskan, mengedar atau sebaliknya menyediakan Video yang memanfaatkan Kandungan kami untuk sebab perniagaan atau sebab-sebab lain tanpa notis atau liabiliti kepada anda.  Dalam kes sedemikian, kami mungkin (tetapi tidak perlu) menghubungi anda atau laman web atau Platform yang berkenaan mengenai penamatan hak-hak tersebut untuk mana-mana Video tersebut.